Hi gaisss! Selamat tahun baruu 2021 😊 Korang bercuti keman je masa cuti haritu? Kongsi ler sikit dgn DD, komen je kat bawah okay? 

Tapi jangan lupa utk sentiasa menjaga SOP yer! Pakai mask, cuci tangan dengan kerap atau bawak sanitizer dan jaga jarak fizikal korg. 

Entri kali ni DD nak kongsi beberapa tempat yang korang masih boleh ber-staycation dengan famili atau dgn yang tersayang sementara kita masih boleh rentas daerah dan negeri kihkih

Dalam ber-staycation ni boleh tenangkan fikiran dan spend quality time dgn famili! Tapi tempat-tempat ni kat Selangor je korg. Takla nak kena drive jauh dan makan masa berjam-jam 😊 Kecian jugak kat parents tu! Janji kita puas hati dan sambut tahun baru dengan positif serta azam baru gitchewww! 

Cyberview Resort And Spa

A picture containing tree, grass, sky, outdoorDescription automatically generated
A picture containing indoor, floor, wall, roomDescription automatically generated

Resort ni terletak di Cyberjaya, jadi kalau korang tak pernah lagi ke Cyberjaya ni, tunggu apa lagi?? Jom jom datang hehe Dgrnya kat sini banyak kedai makan yang letupz hihi 

Suasana kat sani ofcoz nyaman, org kata ibarat berada di Kawasan belantara sebab persekitarannya yang dipernuhi pokok kelapa sawit dan taman tropika. Beberapa perkhidmatan yang disediakan kat sini ialah perkhidmatan urut badan (Best nak kasi stress keluar dari badan hahaha), rawatan kesihatan, sauna, jakuzi dan banyak lagi! Bila menginapd di sini, korg boleh la ke Taman Tasik Cyberjaya, jenjalan hirup udara segar, membeli belah di Gem in Mall dan DPulza Shopping Centre serta boleh rasai menu makanan negara Yaman di Restoran Al Mukalla. Untuk maklumat lanjut, layari www.cyberviewresort.com

Amverton Cove Golf & Island Resort

A picture containing green, resortDescription automatically generated
A picture containing ceiling, indoor, floor, wallDescription automatically generated
A picture containing motorcycle, outdoor, ground, youngDescription automatically generated

Amverton Cove Golf dan Island ni serius best! DD pernah pergi beberapa tahun lepas, mmg the best. Resort 4 bintang ni seronok bila bawak family sekali sebab yang mak dgn anak-anak boleh mandi kolam dgn buat aktiviti kat sana, manakal yang para lelaki pula, boleh ler bermain golf. Padang golf sini pun boleh kata tricky jugak tapi short course! Antara aktiviti yang ada kat sini ialah berkayak, flying fox, paintball, lawatan ke ‘animal island’, menaiki kenderaan ATV, memanah dan banyak lagi! 

Confirm korang takkan dilanda kebosanan bila datang bercuti kat sini. Untuk maklumat lanjut, layari www.waterside.amvertoncove.com

Sheraton Hotel, Petaling Jaya

A picture containing sky, outdoor, city, buildingDescription automatically generated
A picture containing indoor, furnitureDescription automatically generated

Hotel 5 bintang yang berwarna keemasan ini merupakan tempat penginapan mewah yang sangat cantik malah menawarkan pelbagai fasiliti yang berkualiti. Antaranya ialah Kids Club untuk kanak-kanak, ruang mesyuarat dan dewan yang besar sesuai untuk sebarang majlis dan persidangan perniagaan, gimnasium, restoran makanan Jepun, Miyabi, restoran makanan Kantonis, Yue dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kelab golf berdekatan dengan hotel, dan pusat beli-belah terkenal seperti Subang Parade, Sunway Pyramid dan One Utama. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, boleh lah ke Bukit Gasing untuk melakukan aktiviti pendakian.

Untuk maklumat lanjut, layari www.marriott.com

New World Hotel, Petaling Jaya

A picture containing indoor, room, living, ceilingDescription automatically generated

New World Hotel yang mewah ini terletak di kawasan yang sangat strategik di mana ianya berhampiran dengan Saujana Golf and Country Club serta pusat beli-belah seperti Sunway Pyramid, Empire Shopping Centre dan Paradigm Mall. Hotel 5 bintang ini menyediakan fasiliti seperti, kolam renang kanak-kanak, fitness center, tempat letak kereta percuma serta kolam renang di bumbung yang menggabungkan pemandangan panorama bandar yang cantik. Selain itu, kawasan hotel ini terletak berdekatan akses ke lebuh raya yang mana ianya bersambung dengan laluan ke lapangan terbang dan stesen LRT terdekat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.petalingjaya.newworldhotels.com

Mӧvenpick Hotel & Convention Centre KLIA

A picture containing indoor, ceiling, long, hallDescription automatically generated
A picture containing sky, tree, water, outdoorDescription automatically generated
A picture containing bed, indoor, wall, sofaDescription automatically generated

Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA menawarkan kemudahan fasitili yang selesa dan berkualiti untuk penginap. Hotel 5 bintang ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malah hanya mengambil masa 10 minit untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Mitsui Outlet Park. Hotel ini cukup lengkap dengan fasiliti yang disediakan kepada pengunjung seperti Pusat Konvensyen yang luas dan perkhidmatan daftar masuk bilik dengan mudah dan cepat. Hotel ini menawarkan sebanyak 333 buah bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi yang luas, pemandangan cantik melalui tingkap serta perabot mewah yang membuatkan penginap hotel dapat berehat dengan tenang.

Untuk maklumat lanjut, layari www.movenpick.com

Sekali sekala upgrade duduk di salah satu tempat ni, fuhh bestnya! Terasa dunia ini kita yang punya HAHAHA Serius feeling dan pengalaman sangat berbeza. Anggap je reward untuk diri sendiri hihi Yelah tahun 2020 dah kita berusaha sehabis baik untuk survive kan 😊 So tunggu apa lagi? Cepat2 ler book! Dannn sampai sini jelah entri DD untuk Yukk Jenjalan! Stay tuned for next entryyyyyy! 

Thank you sebab korg sentiasa support DD dan Raja cuti! #muahciked!