Tang mana bercuti jer mesti kena pikir negeri lain padahal kat Selangor nii ada banyakk jer tempat bercutii yang best2 hehe Janji jauh dari orang ramai dan kesibukan kota gitcheww. Lagi-lagi hujung tahu mcm ni, mesti la nak habiskan cuti pastu kasi reward untuk diri sendiri. Mana tahuu bertemu dapat idea baru takpun bertemu jodohh #clingekann 😛 

Meh DD kongsikan beberapa tempat MENARIK yang ada di Selangor! Boleh la korg buat plan siap-siap hehe Jangan tak tahu antara tempat ni pun ada yang dijadikan tempat penggambaraan tau. Best tuu! 

Ladang The Lemon Myrtle, Sabak Bernam 

A picture containing grass, outdoor, field, greenDescription automatically generated
A person standing on a lush green fieldDescription automatically generated
Kredit pic @narztraveldiary
  • Walaupun DD ada keluarga yang tinggal di Sabak Bernam, tapi ni serius first time DD dgr hehe Tempat ini terletak di Sekinchan. Jadi kalau korg memang suka menikmati pemandangan yang hijau, boleh la kesini dengan tersayang. 
  • Bayaran yang dikenakan pun hanya RM3 utk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak 7 tahun ke bawah. Beroperasi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. 

Alamat: LOT 16281, Jln Tali Air 6 Sekinchan, Selangor

Kawasan Sawah Padi Sekinchan, Sabak Bernam

A person standing in front of a green fieldDescription automatically generated
A person standing on a dirt roadDescription automatically generated
Kredit @narztraveldiary
  • Pekan Sekinchan Sabak Bernam merupakan tempat yang tepat sekiranya korg nakkan pemandangan yang hijau, suasana tenang dan nyaman sebab kawasan sawah padinya cantik dan luas. 
  • Selain dari bersiar-siar, korang pun boleh bergambar, melawat ke Galeri Padi untuk mempelajari cara penanaman dan penuaian padi serta proses penghasilan beras. 
A person sitting at a picnic tableDescription automatically generated
Kredit @marioncaunter

Alamat: Kawasan Sawah Padi, Pekan Sekinchan Sabak Bernam, Selangor

Empangan Sungai Selangor, Hulu Selangor

A view of a lake surrounded by a body of waterDescription automatically generated
A person riding a bicycle next to a body of waterDescription automatically generated
Kredit @ekstagram
  • Salah satu destinasi tarikan bagi penggemar alam semula jadi dan jurgambar di mana korang dapat menikmati suasana yang segar dan berpeluang mengambil gambar pemandangan bukit-bukau yang cantik! 
  • Ada juga aktiviti memancing dan berbasikal yang korang boleh buat bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Alamat: Lookout Point Sungai Selangor Dam, 55, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor.

Paya Indah Discovery Wetlands, Kuala Langat

A person standing next to a treeDescription automatically generated
  • Tempat ini menjadi kawasan habitat lebih daripada 300 jenis binatang dan bagi penggemar burung, korang pun boleh meninjau aktiviti burung (bird watching). Bukan itu sahaja, dapat juga melakukan aktiviti seperti memberikan makanan kepada badak air, buaya dan ikan, dapat memancing, berbasikal, berkayak, merentasi hutan dan banyak lagi!
  • Ada juga pakej “Safari Insta-Tour” yang membawa pengunjung ke tiga lokasi dengan pemandangan menarik iaitu Ladang Buluh, Rumah Melayu dan Tasik Sendayan dengan menaiki sebuah trak. 
  • Bayaran dikenakan untuk pakej ini ialah RM35 (weekdays) & RM45 (weekends), bagi pemegang Mykad akan dapat diskaun sebanyak 20%. Beroperasi setiap hari dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. 

Alamat: KM 4, Jalan Dengkil, Banting 43800 Dengkil, Selangor. 

Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor

A house with trees in the backgroundDescription automatically generated
  • Taman buah-buahan yang boleh korang kunjungi bersama keluarga kerana korang akan dibawa ke ladang buah-buahan tempatan seperti tanaman buah rambutan, betik, belimbing, jambu dan banyak lagi. 
  • Selain itu, ada juga aktiviti petting zoo mini, ladang rusa, pusat kajian agrokultur, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan aktiviti berkayak. 
  • Waktu operasi adalah setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang) dan bayaran dikenakan RM15 untuk dewasa, RM10 (60 tahun keatas, OKU & kanak-kanak 4 – 12 tahun) serta percuma bagi kanak-kanak 4 tahun ke bawah. 

Alamat: Selangor Fruits Valley SFV, Rawang, Berjuntai Bestari, Selangor

Pulau Ketam, Klang

A group of people standing next to a fenceDescription automatically generated
A person standing next to a body of waterDescription automatically generated
  • Antara destinasi yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat pelbagai aktiviti di sini seperti menyewa basikal dan mengayuh basikal sekitar kampung, bergambar di kawasan mural dan kuil Cina dan merasai kehidupan suasana perkampungan nelayan. 
  • Untuk sampai ke Pulau Ketam ini, korang perlu menaiki feri (RM14 dua hala) untuk seorang atau bot laju (RM20 dua hala) seorang. 
A boat docked at a dockDescription automatically generated

Alamat: Jalan Foreshore, Kawasan 20, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Jadi siapa yang tinggal berdekatan tu boleh la ke tempat-tempat ni okay? And entri DD untuk Yukk Jenjalan kali ni berakhir di sini, tunggu next entri yer. Agaknya tempat mana lagi DD nak cover? Tempat makan ke? Hotel ke? Hmm stay tuned!