Haluu #gengRC 😊 Amacam? Sihat tak tu? Nampaknya PKPB ni extend selama sebulann huhu Jadi jangan bosan duduk rumah yer. 

Haa untuk entri Yukk Jenjalan DD kali ni, DD nak kongsikan beberapa tempat menarikk dan confirm korang takkan menyesal bila datang sini. Tapii kat kawasan Selangor jer, so boleh la nak bawak keluarga, sedara mara ataupun santai-santai dengan bestie. 

Tapi since skrg PKPB lagi, apa kata masukkan dalam list tempat-tempat ni okay? Nanti lepas semua dah okay, kita SERBUUUU 😉 

A person riding a wave on a raft in a body of waterDescription automatically generated
A person riding on a raft in a body of waterDescription automatically generated

White Water Rafting, Hulu Selangor

  • Serius best aktiviti air lasak ni! DD suka giler and rindu pula. Kalau korang nak mencabar diri, boleh la cuba aktiviti ni 😊 Lagi best kalau buat aktiviti ni dengan geng satu kepala! Mmg havoc dibuatnya.
  • Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang. Untuk maklumat lanjut, klik www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.
A person riding a wave on a raft in a body of waterDescription automatically generated
A group of people in a boat on a riverDescription automatically generated

Water Tubing, Hulu Selangor

  • Haa kalau korg mmg jenis yang suka aktiviti mencabar, meh cuba ni! Aktiviti tubing ini tidak memerlukan dayung dan hanya mengikuti arus sungai. Jadi kalau arus tu kuat, maka kelajuan tubing akan lagi laju! Buat aktiviti dengan kawan-kawan confirm best, menjerit la masing hahaha
  • Anggaran harga untuk aktiviti tubing ini ialah RM30. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi +6011-11414674.
A truck driving down a dirt roadDescription automatically generated
A group of people crossing a riverDescription automatically generated

4X4 Adventure Teratak Riverview, Hulu Selangor

  • Jarang-jarang dapat buat aktiviti ni yer. Naik 4X4 dan jelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasana kampung-kampung tradisional, ladang, buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun. Siap boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
  • Minimum orang untuk buat aktiviti ini seramai 6 orang. Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hungi +6012-5653397.
A picture containing grass, outdoor, person, standingDescription automatically generated
A bridge over a forestDescription automatically generated

Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong

  • Ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Haa DD nak sgt pergi “Sky Walk” tapi bekersempatan lagii sbb ramai! 
  • Bukan tu je, pengunjung boleh juga berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah dengan famili, hiking dan berbasikal. 
  • Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM5 dan tambahan RM5 jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. 
  • Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).

Harapnya PKPB ni tamat dengan cepat dan kita boleh lelaju ke tempat-tempat ni hehe Dapatlah berkumpul dan spend time dengan family mcm dulu-dulu. Mana tahuu kalini buat kita lagii hargai kehadiran yang tersayang! 

Okayyy, sampai sini sahaja entri DD. Berjumpa lagii kita pada next entrii okay? Stay safe everyone!