Hiii korang! Yukk Jenjalan DD kali ini ke Jibby By the Park 😊 Dah banyak kali DD nampak kat feeds socmed tu ramai yang pergi sini and tempat dia peh cantik! Biasalah, tempat dia ala instagrammable gitcheww 😛 

Tempat ni kalau korang nak buat birthday party atau any event, helok! Sebab mesti yang datang tu akan posing and amik gambr bebanyak hahaha 

DD rekemen korang datang sini kalau tengah kebosanan melanda duduk rumah! Yelah tahu ramai yang takut nak p mall kn, boleh la dtg date dgn buah hati or bergosip girl dgn bestie kat sini. 

DD datang sini berdua je dengan kakak aka kembar DD, so kitaorg pilih satu pasta, satu kek dan dua2 order air kopi gitu hihi #lainmaciam! Tapii kat sini boleh kata fancy jugak yer, so harga dia pun hmm faham faham la yer 😛 

Tapi sedap! Kek pun very nice! Okayy DD suka 😊 Ofcoz sempat lagi kitaorg bergambar! 

Blkg tu taman! DD pergi masa ni pun petang after 3pm mcm tu, so ramai yang dah turun jogging ataupun berjalan mengambil angin kat sini. Cuaca pun elok! 

Interior kat sini cantik! Actually, byk tempat korg boleh #OOTD especially utk sang gegurl yang kaki posing. 

Santai je kalau makan kat sini! Best la kalau sesiapa yang rasa nak lari dari stress ibu kota sambil menikmati kopi. 

So basically, inilah gambaran dalaman dia! Nice sangat kan environment dia. Sekali sekala nak manjakan diri kat tempat-tempat macam ni, why not kan! Puas hati sgt 😊 

DD suka vibe dia kat sini! Yang penting kat sini tak rasa bersesak tauuu. Dia mcm value our own space. 

Okay! Korang pulak la datang sini hehe Tapi jangan lupa bawak someone yang pandai ambil gambar tauu! Boleh snap gambar korang candid or posing2, jadilah utk stok gambar socmed seminggu dua HAHAHAHA 😛 

Korang waze je “Jibby By The Park” and then sampai la korang ke sini. Dgn itu, habis sudah entri utk DD kali ni. Lepas ni lagi banyak DD akan bagitahu tempat menarik yang tak perlu bersesak dengan orang, yelah kan kes #COVID19 makin meningkat so kita kena jaga kita! Stay safe everyone. Stay tuned untuk next entrii! Tadaaaaaaaaa