Hii korangg! Kembali lagi ke entri Yukk Jenjalan dengan DD 😊 Okay, since ramai tanya DD aktiviti apa yang boleh kita buat! Since kes #COVID19 pun makin meningkat, tapi dalam masa yang sama taknak duduk rumah. 

Haa meh DD storyy, haritu DD dah book nak tengok “Drive-In Cinema” kat MaTiC, Jalan Ampang tu. Rasa mcm best je! Eksaited DD 😀 Anjuran Nescafe M-Junction. 

Kalau bab nak book tiket tu semua, korang boleh terus direct ke website www.mjunction.my okay! Tapi ofcoz korang kena check la movie apa yang korg nak tengokk.

Bila korg dah pilih movie tu, nanti dia akan keluar mcm ni tauu. (Refer pic atas) Lupa pulak nak bagitau yang DD dgn pasangan pilih movie A Star Is Born dan tayangan dia pukul 7pm. 

1 kereta hanya bayar utk RM69.30 dan 1 kereta tu boleh masuk utk 4 orang tapii kalau nak feel lagi best, 2 orang dalam 1 keta la yer. Feeling romantikkk gitu 😛 

Tapi kalau nak VIP tu pun boleh jer. Terpulang la pada korang okay. Tapi DD pilih yang atas tu. 

Haa part best! Utk DD la yer sbb pantang nampak makanan ni! Eksaited dia lain maciam kahkah Makanan dia tu DD lebih tertarik dengan Hot n Loaded: Oden (Japanese Stew) dan pilihan pasangan DD pulak Turkey Slice reuben Open face sandwiches

Kitaorg book hari sabtu petang tauu! Kononnya hari ahad tu nak g tengok together tapii berita sedih! Hari ahad dapat tahu yang kitaorg tak jadi, cancel! HAHAHA Time tu dapat berita yang adik pasangan DD masuk hospital. So, conclusionnya jgn EKSAITED sgt LOL! 

Ni haa DD nak bagitahu la yang sementara korang takmo jejakkan kaki ke Mall tu, boleh la lepak sini dgn pasangan! Tengok wayang dalam kereta ala obersea gitewww. Sweet takk 😊 

Kredit gambar: IG Mjunction 2020

Tapii dengarnya “Drive-In Cinema” ni sampai 10 Oktober ni jer! Dah p share artikel ni dgn pasangan korg! Bukan selalu dapat pengalaman macam ni hahaha

Kredit gambar: IG Mjunction 2020

Kalau siapa yang dah pergi tu, meh la kongsiii cerita korgg dgn DD 😊

Okay, Rasanya sampai sini jek tapii DD nak ingtkan dgn situasi skrg yang tak menentu ni, please jaga diri okay. Sebaiknya duduk la di rumah kalau tiada benda penting kat luar tu. Pada yang masih keluar bekerja tu, jangan lupa bawa sanitizer, pakai mask bila di tempat awam dan bila balik rumah terus mandi, jgn lengah2 depan TV or ruang tamu hehe Iols nampak tu 😛 

Stay tuned utk next entri pulak okayyy! Stay safeeee semua!

Kredit gambar utama: IG mjunction2020