Sejak PKPP hari tu memang Kak Ya sekeluarga tak jalan kemana pun sebab masih risau dengan keadaan sekarang ni. Tapi anak-anak dah mula bosan dan ajak mak pak diorang berjalan.

Jadi kami sekeluarga pun ambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Pinang. Kalau dah berjalan ke Pulau Pinang ni memang port makan la yang paling best sekali.

Dalam perjalanan tu, Kak Ya ada google tempat-tempat menarik dekat Pulau Pinang ni dan ada orang recommend untuk cuba rasa keenakan air Avocado Abang Long. Apa lagi cepat-cepat bagi tahu suami.

Gerai Avocado Abang Long ni terletak di Market Bayan Lepas. Jadi korang kalau nak datang ke sini, kena exit jambatan kedua tau. Dah dekat dah dari exit tu. Kalau nak lagi senang waze je Air Avocado Abg Long Penang.

Dekat gerai ni ada lebih dari 10 jenis air avocado. Tergugat betul iman Kak Ya sampai tak tahu nak buat pilihan.

Nama menu yang digunakan pun sangat menarik seperti Love Me, Kau Ada Aku, Kenangan Bersamamu, Istimewa Kau Buat Aku dan macam-macam lagi. Harga pun tak la mahal sangat. Bak kata orang Penang, sedang-sedang elok ja!

Korang memang kena cuba air avocado ni sebab bukan air semata tapi siap ada potongan buah avocado lagi dalam air tu. Nikmat sungguh la!

Selain dari air avocado, dekat gerai ni juga ada jual, pisang goreng, ubi goreng dan labu goreng. Bayangkan makan pisang goreng panas-panas lepas tu sedut air avocado. Perghh! sedap baq hang.

Tapi korang jangan datang awal pagi sangat sebab gerai ni dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam.