Satu lagi tempat menarik Cik Gaya rasa korang boleh pergi bila free, especially waktu malam adalah Saloma Link. 

Well tempat ni baru buka, memang cantik dengan lampu-lampunya, kalau korang ambil gambar tu ibarat Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia.

Malah rekaan ini mengetengahkan konsep sirih junjung yang cukup sinonim dengan adat orang Melayu.

Menarik kan? 

A close up of a deviceDescription automatically generated

Untuk pengetahuan korang juga, ia merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tak jauh dari KLCC.

Pastinya, jambatan ini akan memudahkan penduduk Kampung Baru ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit je! 

A screenshot of a cell phoneDescription automatically generated

And of course kalau dari KLCC, korang boleh berjalan kaki guna jambatan ni untuk ke Kampung Baru dan makan nasi lemak yang superb dekat situ. 

So kalau korang belum pergi lagi, korang boleh try, tempat ni pada Cik Gaya seronok untuk OOTD pada waktu malam, banyak tempat makan korang boleh pergi sama ada dekat Kampung Baru sendiri atau NZ yang besar dekat depan KLCC tu. 

Atau kalau korang ada bajet lebih sokorang boleh makan dekat dalam KLCC, sejuk nyaman sikit rasanya.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak