Kalau korang teringin bercuti dekat pulau, korang boleh pergi dekat sini, Pulau Perhentian, dekat Terengganu je.  

Bajet kecil sikit berbanding pulau lain, tapi view dia memang nais gila. 

Dekat sini dia ada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.

Pulau Perhentian Besar, Terengganu.

Pulau Perhentian Besar

Terdapat banyak resort menarik yang menawarkan berbagai pakej untuk pelancong terutama pakej snorkeling dan juga scuba diving. Di sini juga terdapat beberapa operator pelancongan yang menawarkan kursus scuba diving termasuk kursus penuh bagi mendapatkan sijil PADI bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menyelam ke kawasan yang lebih dalam dan menarik.

Kalau korang just nak berehat dan menikmati keindahan di Pulau Perhentian, tidak perlu risau. Hampir semua resort terletak di kawasan pantai menarik yang ada di pulau ini. Jika anda ingin bersiar-siar di sekitar pulau, ada jalan-jalan kecil yang menghubungkan beberapa resort berdekatan. Untuk melihat keindahan pulau, lebih mudah jika menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan oleh operator pelancongan.

Pantai dan air laut jernih di Pulau Perhentian Besar, Terengganu.

Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil juga merupakan sebuah pulau peranginan menarik. Beberapa pantai yang cantik dan lokasi snorkeling terdapat di sini. Pulau ini mempunyai banyak resort dan chalet yang menawarkan harga penginapan yang lebih murah berbanding Pulau Perhentian Besar. Lantaran itu, ia lebih terkenal di kalangan pelancong “backpackers” dan lebih sesuai untuk lokasi percutian bajet.

Tiada jalinan jalanraya melainkan hanya jalan kecil yang merentas hutan di pulau ini. Jadi, untuk ke mana-mana lokasi, pengunjung boleh melalui jalan hutan atau menyewa bot dari operator pelancongan yang ada. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk ke Pulau Perhentian Besar bagi melihat tempat-tempat menarik di sana.

Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Pengangkutan

Kalau korang menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menaiki bas terus ke Kuala Besut. Jika tiada perkhidmatan bas terus ke Kuala Besut dari tempat korang, boleh juga ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu – bergantung pada lokasi terhampir dengan korang – dan ambil teksi untuk ke Kuala Besut.

Menaiki feri ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai ke destinasi.

Di Pulau Perhentian Besar, boleh menaiki bot untuk ke resort penginapan pilihan uols atau berjalan kaki melalui jalan hutan untuk ke resort tersebut.

Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Aktiviti di Pulau Perhentian

Tarikan utama pelancong ke Pulau Perhentian ialah untuk berehat di pulau cantik yang sunyi dan tenteram serta melakukan aktiviti snorkeling menikmati keindahan hidupan laut di sekitar pulau ini. 

Selain itu terdapat beberapa aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian seperti:

  • Mandi laut di pantai berpasir yang jernih airnya
  • Island cruises – Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik di sekitar pulau
  • Windsurfing
  • Sailing
  • Berkayak
  • Memancing
  • Berkhemah
  • Jungle trekking

Bagi sesetengah aktiviti, pengunjung dinasihatkan membawa penghalau serangga dan air minuman yang banyak.

Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian, Terengganu.

Penginapan di Pulau Perhentian

Jika bercuti di Pulau Perhentian, terdapat dua jenis penginapan yang boleh korang pilih iaitu:

  • Perkhemahan
  • Sewa chalet atau resort yang banyak terdapat di sini
  • Resort dan chalet di Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian Besar sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu, kursus dan lain-lain. Hotel, resort dan chalet yang terdapat di Pulau Perhentian Besar ialah:

  • Perhentian Island Resort
  • Coral View Resort
  • Tuna Bay Island Resort
  • Paradise Watercolours Resort
  • Mama’s Chalets
  • New Cocohut Chalet
  • ABC Guest house
  • Tunabay Island Resort
  • Abdul’s Chalet
  • Flora Bay Resort
  • Fauna Beach Chalet
  • Arwana Eco Resort and Beach Chalet
  • Samudra Beach Chalet
  • Bubbles Dive Resort
  • Resort dan chalet di Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil menjadi tumpuan pelancong “backpackers” atau pelancong yang tidak membuat tempahan penginapan. Kos penginapan di Pulau Perhentian Kecil lebih murah dan sesuai untuk percutian bajet. Resort dan chalet yang terdapat di pulau ini ialah:

  • Aur Bay Chalets
  • Fatimah Chalets
  • Maya Chalets
  • Senja Bay Resorts
  • Butterfly Chalets
  • Mira Beach
  • Petani Beach
  • Impiani Watercolours Resort
  • D’Lagoon
  • Moonlight Chalets
  • BuBu Long Beach Resort
  • Matahari Chalet
  • Lily Beach Chalets
  • Simfony Chalets
  • Panorama
  • Cempaka
  • Rock Garden Chalets
  • Lemongrass
  • Mohsin Chalets

Kemudahan asas terdapat di Pulau Perhentian tetapi kemudahan lain bergantung kepada resort. Korang harus pastikan apabila memilih penginapan untuk percutian. Asasnya kemudahan yang ada ialah:

Elektrik – Dari generator yang terdapat di Pulau Perhentian. Elektrik cuma ada diwaktu malam.

Air – Dari punca air yang terdapat di Pulau Perhentian.

Wifi dan Internet – Tidak semua resort dan jika ada pun ia bergantung pada cuaca lantaran pulau yang terletak jauh di tengah laut.

Jeti Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.
Pantai Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.

Pakej Pulau Perhentian

Terdapat berbagai pakej Pulau Perhentian yang ditawarkan oleh agensi pelancongan dan juga yang disediakan oleh resort yang terdapat di Pulau Perhentian seperti:

Pakej Percutian – Pakej biasa yang hanya menyediakan penginapan dan makanan. Pengangkutan feri ke Pulau Perhentian biasanya termasuk dalam pakej.

Pakej Snorkeling – Pakej Percutian termasuk aktiviti snorkeling.

Pakej Diving – Pakej Percutian termasuk aktiviti diving.

Pakej Kursus – Pakej kursus PADI dive atau lain-lain.

Pakej Pelajar – Perhentian Island Resort ada menyediakan pakej untuk pelajar.

Mira Beach, Pulau Perhentian, Terengganu.
Pantai Pulau Perhentian Kecil, Terengganu.
Turtle Bay, Pulau Perhentian, Terengganu.

Pulau Perhentian ditutup semasa musim tengkujuh iaitu sekitar bulan Oktober hingga Mac setiap tahun. Ini kerana ombak besar dan hujan ribut melanda pantai timur dan semua perkhidmatan feri terpaksa dihentikan. 

Jika anda merancang untuk bercuti ke Pulau Perhentian, korang boleh memilih tarikh antara bulan April hingga September.

korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak