Cik Gaya ada idea baik untuk korang, bila kita nak start balik untuk berjalan dan melancong. So waktu-waktu macam nilah korang kena tengok tempat mana yang kita boleh pergi, guna bajet yang tak terlalu besar. So kalau dalam negara kita sendiri, Cik Gaya suggest dekat korang adalah Melaka.

Sebab Melaka ni niceee, banyak tempat and aktiviti korang boleh buat.

Tapi kat mana nak stay yang murah tapi mewah??

Okay kalau kita google hotel apa yang paling famous di Melaka, Hotel Moty adalah antara nama hotel yang tersenarai. Ini mungkin gara-gara satu post dari seorang tetamu yang pernah menginap di hotel ini, yang katanya luar setinggan, dalamnya lima bintang.

Lobi hotel memang cantik dengan tema keemasan, semuanya warna gold. Hah tak mewah lagi ke? Belum masuk bilik lagi, kolam renang indoor pun dibuka sehingga 9 malam. Ha berenang la selama mana korang nak.

Kalau tengok bilik pula? hanya wow wow dan wow jelah yang keluar dari bibir. Memang cantik sangat biliknya dengan latarbelakang coklat keemasan. Semua permukaan berkilat-kilat memantulkan cahaya.

Ruang mandi dan bilik hanya dipisahkan dengan sekeping kaca lutsinar. Tapi jangan risau, tapi kalau korang inginkan privacy, ada bidai yang boleh diturunkan.

Moty Hotel ni terletak mmg dekat dgn tempat2 shopping. Boleh jalan kaki je dari hotel ke tempat seperti Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan.

Harga kalau korang pergi weekdays, serendah RM150 korang boleh dapatkan dengan keluasan bilik yang sangat memuaskan hati!

Dah ready guys nak berjalan sakan lepas covid-19?

credit : @motyhotel