Kalau sebut pulau di Malaysia, yang mesti orang teringat adalah Pulau Perhentian di Terengganu ataupun Pulau Manukan di Sabah. Dekat Johor pun banyak actually pulau yang cantik, bersih dan sesuai untuk mereka yang memerlukan Vitamin Sea.

Image result for Vitamin Sea gif

Mersing yang terletak kira-kira 136 km dari Johor Bahru, semakin menjadi destinasi tumpuan pelancong dan pencinta alam khususnya ke beberapa buah pulau di daerah ini. Pulau-pulau di negeri ini bukan sahaja memiliki pemandangan dan batu karang yang cantik, malah menjadi lokasi ideal bagi aktivititi memancing, menyelam skuba dan snorkeling.

  • Pulau Aur

Terletak kira-kira 77 kilometer (km) dari timur Mersing, Pulau Aur tersenarai antara lima pulau di bawah Taman Marin Johor selain Pulau Dayang, Pulau Pinang, Pulau Lang dan Pulau Pemanggil.

Sumber: Harian Metro

Atas faktor kejernihan dan kebiruan laut yang memukau membuatkan Pulau Aur sentiasa menjadi pilihan buat penyelam skuba untuk menikmati keindahan flora serta fauna lautan yang unik, terutama pada hujung minggu. Pulau Aur memiliki latar belakang yang menarik apabila ia juga menjadi satu daripada tapak penyemaian kerang gergasi.

Ada beberapa resort dan chalet tersedia di pulau kecil ini. Sesuai bagi mereka yang mahukan ketenangan dan keindahan untuk bercuti sendiri atau Bersama tersayang. Sekiranya anda merancang untuk ke Pulau Aur, boleh menaiki bot dari jeti Mersing, jeti Tanjung Leman atau jeti Tanjung Gemuk.

  • Pulau Besar

Jangan terkejut ya dulu Pulau ni dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Menurut portal Libur, dipercayai dahulu banyak babi hutan liar di situ, tapi now dah tiada. Pulau Besar boleh diakses selepas menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.

Sumber: Holidaygogogo

Walaupun pulau ini agak kecil, terdapat beberapa resort untuk dipilih. Sini pun banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana; anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada di sini.

  • Pulau Dayang

Pulau Dayang teletak bersebelahan dengan Pulau Aur. Ia juga antara lokasi terbaik untuk melihat hidupan marin selain menikmati keindahan air laut yang jernih, bersih dan membiru.  Jangan keliru kerana di Langkawi juga mempunyai Pulau Dayang tetapi dikenali sebagai Pulau Dayang Bunting.

Sumber: gilldivers

Tidak perlu risau tentang tempat penginapan kerana di sini terdapat beberapa hotel dan resort. Bagi peminat penyelam skuba, pulau ini menjadi tempat laluan dan pembiakan ikan yu, paus dan juga pari. Menariknya, di pulau ini juga ada menyediakan kursus menyelam untuk mereka yang baru dan berpengalaman. Sesi latihan menyelam ini biasanya dijalankan pada bulan Februari – November.

A large pool of waterDescription automatically generated

Sumber: Cuti Kat Mana

  • Pulau Rawa

Sumber: Saya Orang Johor

Pulau Rawa, Johor. 16 kilometer daripada bandar Mersing dengan menaiki bot. Pulau ini juga terkenal dengan keputihan pantai dan air laut yang membiru. Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak resort adalah gelongsor air, sukan air (seperti snorkelling, kayak dan memancing), restoran dan banyak lagi.

Sumber: tripadvisor

Terkenal dengan tarikan menawarkan percutian yang ‘privacy’, Pulau Rawa hanya mempunyai dua buah resort sahaja. so uolls cepat-cepat plan and start tempah resort sebelum it’s fully booked.

Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih dan mahukan percutian mewah serta tenang, anda boleh consider untuk ke Pulau Rawa.

  • Pulau Sibu

Pulau Sibu, adalah sebuah pulau kecil di luar pantai timur Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Ia sebenarnya terdiri daripada beberapa pulau-pulau iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Sibu Hujung. 

Sumber: travelblog

Pulau Sibu Besar, pulau utama, kira-kira 6 km panjang dan 1 km lebar, sebahagian besarnya diliputi oleh tumbuh-tumbuhan tropika.

Pada hujung selatan terdapat sebuah perkampungan nelayan kecil yang dikenali sebagai Kampong Duku dengan jumlah penduduk kurang daripada seratus orang (kira-kira 40 keluarga) (Johor Marine Park Information Centre, N.D.).

Sumber: travelblog

Jadi, pulau yang mana satu akan anda pergi nanti? Jangan lupa share gambar dekat FB Raja Cuti.

#RCLocalSecret